|
| PENGENALAN |
|
Dasar Keselamatan ICT KPKK (DKICT KPKK) merangkumi Dasar Keselamatan ICT Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan semua Jabatan/Agensi di bawahnya. Dasar ini mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di KPKK mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT KPKK.
|
| OBJEKTIF |
|
DKICT KPKK diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan pengoperasian dan pengurusan ICT KPKK dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT KPKK.
Objektif utama DKICT KPKK ialah seperti berikut :-
| a. |
Memastikan kelancaran pengoperasian dan pengurusan ICT KPKK dengan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan;
|
| b. |
Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada ICT KPKK dari kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan
|
| c. |
Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT Kerajaan. |
|
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai DKICT KPKK, sila klik link di bawah ini
Dokumen Keselamatan ICT KPKK Dan Agensi
|
|
Last Updated on Tuesday, 29 September 2009 16:39 |